hari ini
saya sedar stu perkara
yang saya perlu ikhlaskan hati untuk melakukan semua ini
saya perlu bangkit demi abah dan emak
jika selama ini saya lakukan adalah kerana niat lain
kali ini saya ingin lakukan demi mak dan abah
demi mak dan abah saya
apa yang saya inginkan ialah kebahagiaan mereka
kebahagian mak dan abah melihat kejayaan saya..
saya hanya ingin melihat senyuman mereka
perit hati,bila kita lihat mak dan ayah kita bersedih disebabkan diri kita..
selagi saya masih bernyawa..selagi saya masih lagi berada di dunia ini
selagi saya sihat dan mampu menjaga mereka
saya ingin korbankan segala-galanya demi mereka
demi mak dan abah..
apa yang saya impikan adalah menjadi anak soleh untuk mereka....
tidak besar mana pun pengorbanan seorang anak,lagi besar pengorbanan kedua ibu bapa saya
teringat pesan abah setiap kali saya telefon
"setiap malam abah buat solat hajat untuk along dan adik2"
dan setiap malam mak saya cerita,setiap malam abah bangun mlm ,abah buat solat hajat untuk saya,sejak saya ditimpa dugaan
hati anak mana yang x tersentuh..
raut wajah abah yang tidak pernah sedikitpun tunjuk wajah sedih..
begitu tabahnya ayah saya...
begitu tabahnya abah melayan kerenah saya...
diri ini bimbang..
sekiranya tidak sempat membahagiakan mereka..
abah,emak..
suatu hari nanti along akan hadiahkan kejayaan buat emak dan abah
dan along akan jaga mak dan abah bila dan berjaya nanti..
along dah x nak buat mak ngn abah sedih..
along ingat mak dan abah setiap kali belajar..
tu semangat yang along ada sekarang ini...
biar along hidup susah,tapi along dah xnk sesekali menyusahkan mak ngan abah lagi
biarlah along bazirkan banyak mana pun air mata untuk teruskan perjuangan yang sudah Allah tentukan untuk along
tetapi along x sanggup sebab susah sedikit yang along alami,mak dan abah titiskan air mata..
Along tidak mahu sesekali mak ngan abah kecewa ngan along lagi..
cukupla sakitnya kesakitan mak lahirkan along time kecik..
dan cukuplah penat abah mencari nafkah..
ini masanya untuk Along balas jasa mak dan abah..
No comments:
Post a Comment