Saturday, June 1, 2013

hello..heloo..hello..now its june ok
how time flies so fast..
im also growing up so fast..
dah 21 pun..even masih x cukup lagi.kena ngaku gak la.
kawan2 sekolah pun dah ada yang kahwin..the more latest budak batch kahwin..
how so sweet tgk diorang dah kahwin ..sampai diri sendiri pun rasa nak kahwin tau.
tapi apakan day.masih panjang lagi cita2 ni nk kejar.ni masih single pun tercungap-cungap nak habiskn degree MBBS ni.kalo dah ada komitmen mesti lagi tambah susah.btw stop to talk about marriage..it depend pada orang sama ada boleh handle komitmen sebgai pelajar dan juga tanggungjwab sebagai suami/isteri..bukan benda kecik ni.tapi ini semua pasal tanggungjawab

btw.lets talk about myself,yela dah blog sendiri so kena la cerita pasal diri sendiri kan.xkan orang lain.

 just want to said that
im grateful for what i have now..kawan2 y sentiasa menyokong, pensyarah y sentiasa memberi kata2 semangat. .sebab sebelum ini pernah hampir tersasar dari jalan y dipilih.tapi Alhamdulillah Allah brings me back to journey that He already choose for me.

Betul. pilihan Allah itu sentiasa terbaik.Kadang2 bila kita putus asa.kita tidak dapat seperti apa yang kita nak.Kita mesti nak lari.Susah untuk kita nampak dan berfikir positif ketika dalam kesusahan.Padahal hakikat sebenarnya kesusahan dan kesedihan itu lebih mengajar kita erti hidup yang sebenar-benarnya.Pengalaman melalui hidup dalam pancaroba sebenarnya adalah pengalaman yang sangat berharga yang bukan senang untuk kita perolehi,tetapi hanya dengan perlu melaluinya.Allah uji supaya nak bagi diri kita ini bertambah kuat.Yang paling penting bila Allah uji kita dengan sesuatu perkara,kita kena redha dengan ujian tersebut.Kita kena percaya Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik bila dia tarik sesuatu dari kita.Hidup ini tanpa ujian,mesti kita lupa.Kadang2 Allah uji kita sebenarnya untuk mengingatkan kita.Mungkin ketika itu kita jauh dariNya.Jadi Allah datangkan ujian sebagai peringatan kepada diri kita,dan agar kita kembali semula ke jalan-Nya

saya sudah mampu redha dengan apa yang saya perlu laluinya.yang bukan semua orang akan faham apabila saya cerita apa yang saya lalui.Hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang faham.Perasaan tersisih, keseorangan, orang sekeliling pandang rendah.Bukan perkara yang mudah untuk lalui jika kita belum cukup kuat.Tapi bila saya rasa perasaan macam itu,saya selalu cakap pada diri sendiri. 
"sabar.kena sabar.kena kuat.ada orang lebih dasyat ujian yang diberi jika dibandingkan apa yang aku tempuhi.Padahal ujian aku ini hanyalah sekecil jika dibandingkan ujian orang lain yang tidak punyai apa2 "

lepas itu saya akan ok.tapi yang paling berkesan bila rasa sedih ,ialah dengan solat sunat.doa pada Allah.sebab Allah adalah sebaik-baik penolong.Allah lebih nampak apa yang kita  xmampu nak nampak.Luah dekat Allah akan memberi kelegaan yang lebih dari meluahkan pada manusia.Allah adalah sebaik-baik pendengar.Rahmat Allah teramatlah luas.

 semoga Allah akan memberi saya petunjuk dan menolong saya dalam setiap langkah yang saya amik.Bidang yang saya pilih bukanlah calang-calang bidang.Bidang yang melibatkan nyawa seorang manusia.Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.Semoga Allah menampakkan kebesaranya setiap kali saya belajar tentang badan manusia.Ciptaan Allah tersangatlah hebat.Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah.Allah akan kurniakan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki
.

Add caption
semoga perjalanan sebagai pelajar perubatan ini adalah lebih mudah.
dan suatu hari saya dapat menjadi seorang doktor muslimah yang terbaik
 yang dapat membantu masyarakat 
menjadi anak yang soleh kepada ibubapa
menjadi seorang kakak yang sentiasa membantu adik-adik
serta menjadi seorang isteri yang terbaik (apabila telah berkahwin nanti,skrg blum lg.hehe) , dan juga seorang ibu yang terbaik.
itu impian saya yang ingin saya kejar mulai sekarang demi menjadi muslimah sejati.

because I WANT TO BEST THE BEST AMONG THE BEST

amin. :)

No comments:

Post a Comment